Info PPDa

VISI
"SEKOLAH BEBAS DADAH"

MISI
"MELAHIRKAN PELAJAR BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) YANG BERSEPADU DAN MENYELURUH DARI ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN, KURIKULUM, KOKULRIKULUM DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH"


PPDa SECARA AM


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan
"Dadah Musuh Utama Negara".
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MANDAT

Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” .
Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan
dan menjalankan sesuatu tindakan.  Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah
Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.

1
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
2.
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006
Menangani masalah kesihatan.
3
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979
Laporan murid-murid dalam keadaan risiko Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
4
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986
Penyalahgunaan inhalan
5
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997
Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
6
. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
7
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995
Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan.
8
Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984
Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
9
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-
Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
10
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983
Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
11
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995
Petikan dari akta dadah berbahaya.
12
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975
Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
13
. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975
Disiplin murid-murid menghisap rokok.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran
”Sekolah Bebas Dadah 2015”.



RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi

menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai
jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah
dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan
Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.


No comments:

Post a Comment