VISI
"SEKOLAH BEBAS DADAH"
MISI
"MELAHIRKAN PELAJAR BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) YANG BERSEPADU DAN MENYELURUH DARI ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN, KURIKULUM, KOKULRIKULUM DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH"
PPDa SECARA AM
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah
mengisytiharkan
"Dadah Musuh Utama Negara".
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi
tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru,
kakitangan sekolah dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan
secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan,
Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.
MANDAT
Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang
bertanggungjawab dan “stakeholder” .
Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada
organisasi dalam membuat keputusan
dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang
menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah
Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling
Kemajuan Perkhidmatan Awam.
Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan
perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan
tugasnya.
1
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
|
Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
|
2.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006
|
Menangani masalah kesihatan.
|
3
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979
|
Laporan murid-murid dalam keadaan risiko Penyalahgunaan
Dadah yang memerlukan pertolongan.
|
4
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986
|
Penyalahgunaan inhalan
|
5
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997
|
Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
|
6
|
. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
|
Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
|
7
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995
|
Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di
agensi kerajaan.
|
8
|
Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984
|
Peraturan dan tindakan ke atas pegawai
dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
|
9
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-
|
Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan
perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
|
10
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983
|
Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
|
11
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995
|
Petikan dari akta dadah berbahaya.
|
12
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975
|
Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang
yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
|
13
|
. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975
|
Disiplin murid-murid menghisap rokok.
|
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang
ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah
dengan meletakkan sasaran
”Sekolah Bebas Dadah 2015”.
RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan
sahaja melibatkan orang dewasa tetapi
menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi
lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai
jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini
meyebabkan murid kita sentiasa terdedah
dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut
terlibat. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk
melaksanakan
Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan
berkesan.
No comments:
Post a Comment