PUTRAJAYA - Bermula esok, pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kebenaran memutuskan penutupan sekolah sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 500 meter.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebelum ini penutupan sekolah di kawasan yang dilanda jerebu hanya diputuskan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200, iaitu bacaan kualiti udara pada paras sangat tidak sihat.
"Saya telah berbincang dengan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam dan memutuskan selain bacaan IPU, jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah.
"Maknanya, walaupun bacaan IPU masih di antara 100 ke 120, tetapi jarak penglihatan di sesuatu kawasan itu sudah di bawah paras 500 meter kita benarkan PPD dan Guru Besar membuat keputusan menutup sekolah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
sumber:-http://www.sinarharian.com.my/semasa/sekolah-tutup-jika-jarak-p-lihatan-kurang-500m-1.434286
sumber:-http://mohdfairiz.com/nasihat-kesihatan-semasa-jerebu/