Sunday 27 September 2015

Jaga Kesihatan ketika Jerebu



Jerebu


PUTRAJAYA - Bermula esok, pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kebenaran memutuskan penutupan sekolah sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 500 meter.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebelum ini penutupan sekolah di kawasan yang dilanda jerebu hanya diputuskan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200, iaitu bacaan kualiti udara pada paras sangat tidak sihat.

"Saya telah berbincang dengan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam dan memutuskan selain bacaan IPU, jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah.
    
"Maknanya, walaupun bacaan IPU masih di antara 100 ke 120, tetapi jarak penglihatan di sesuatu kawasan itu sudah di bawah paras 500 meter kita benarkan PPD dan Guru Besar membuat keputusan menutup sekolah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

sumber:-http://www.sinarharian.com.my/semasa/sekolah-tutup-jika-jarak-p-lihatan-kurang-500m-1.434286


sumber:-http://mohdfairiz.com/nasihat-kesihatan-semasa-jerebu/

Sunday 13 September 2015

LUKISAN UNTUK LALUAN PPDa

CIKGU WAN MAZLINA BERSAMA DENGAN PELAJARNYA MELUKIS KAIN RENTANG UNTUK LALUAN PPDa





Thursday 10 September 2015

Sayangi Diri Anda, Jauhi Dadah

Dalam meniti kehidupan seharian banyak masalah yang kita hadapi, namun setiap masalah tersebut pasti ada jalan penyelesaiannya. Janganlah sekali kali kita mengambil langkah mudah untuk melupakan segala masalah tersebut dengan dadah. Ianya hanya suatu perkara yang merugikan dan akan membawa kepada penyesalan yang tak sudah. Jadi hendaklah kita kembali ke jalan yang benar dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi.

Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Pepatah ada mengatakan,

"Problem is a Work, No Problem No Work"
"Work is a Job, No Work No Job"
"Job is a Part of Life, No Job No Life"

                                                                                                           -MHGP-

Jadi muhasabah lah diri dalam menjalani hidup sehari hari.
Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah SWT kurniakan kepada kita, pastinya ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang terjadi.

Marilah kita sama-sama menambah ilmu pengetahuan dan perkembangan semasa tentang dadah di sekeliling kita, semoga mendapat iktibar dari setiap kejadian yang berlaku.
Layari laman web dibawah ini....

http://www.astroawani.com/topic/dadah/news